Rabu, 31 Mac 2010

Meniti hari


Aku di sini
Sepi di temani rindu sepanjang hari
Siang di silau panas mentari
Malam indah bersama bulan bintang berseri
Cahayanya berbayang pari pari
Menari terus menari
Hingga sampai ke pagi
Aku jadi leka menemani
Entah apa yang aku perhati
Aku senang begini
Biar semua insan tidak mengerti
Tapi aku semacam memahami
Erti sebuah sepi
Berteman hayalan bukan mimpi
Bukan juga realiti
Hati tersenyum sendiri
Mencium bauan haruman puteri
Menemui tidak sepi di dalam sepi
Ku genggam yang ada di hati
Ku bawa meniti hari .




5 ulasan:

  1. meniti hari dgn penuh cabaran huwaa adehh

    BalasPadam
  2. Ya ya ya .... tui .. huhuhuhu

    BalasPadam
  3. salam abang,
    aku terus meniti hari
    tapak demi tapak
    kedepan bukan kebelakang
    kerana ku tahu
    belakang adalah silam

    BalasPadam
  4. eh, silap bagi id lain, heheheh
    sorry...

    BalasPadam
  5. Yup ....
    Teruskan cita2 mu ....

    BalasPadam

Aku hanya ....

Foto saya
Berbicara tentang pengalaman semalam . Hari ini dan esok sebuah harapan .....

Pengikut