Rabu, 31 Mac 2010
Meniti hari
Aku di sini
Sepi di temani rindu sepanjang hari
Siang di silau panas mentari
Malam indah bersama bulan bintang berseri
Cahayanya berbayang pari pari
Menari terus menari
Hingga sampai ke pagi
Aku jadi leka menemani
Entah apa yang aku perhati
Aku senang begini
Biar semua insan tidak mengerti
Tapi aku semacam memahami
Erti sebuah sepi
Berteman hayalan bukan mimpi
Bukan juga realiti
Hati tersenyum sendiri
Mencium bauan haruman puteri
Menemui tidak sepi di dalam sepi
Ku genggam yang ada di hati
Ku bawa meniti hari .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Aku hanya ....

- abang
- Berbicara tentang pengalaman semalam . Hari ini dan esok sebuah harapan .....
meniti hari dgn penuh cabaran huwaa adehh
BalasPadamYa ya ya .... tui .. huhuhuhu
BalasPadamsalam abang,
BalasPadamaku terus meniti hari
tapak demi tapak
kedepan bukan kebelakang
kerana ku tahu
belakang adalah silam
eh, silap bagi id lain, heheheh
BalasPadamsorry...
Yup ....
BalasPadamTeruskan cita2 mu ....