Khamis, 29 April 2010

Selamat malam sayang

Abang masih belum tidor
Masih terbayang wajah sayang
Di hati sudah sebati
Rindu tidak terperi .

Bila lena nanti
Ingatan tidak terhenti
Terasa sayang bersama di sisi
Wangian cinta sayang hingga kepagi
Bagai jelmaan bidadari
Menyubur seluruh sanubari
Dengan cinta tulus suci .

Bertuah rasa diri
Andai ini benar terjadi
Sudi sayang menjadi suri .

Buktikan rindu



Yang aku tahu
Aku merindui mu
Mana aku tahu di hati mu .

Mau kah kau bukti kebenaran rindu mu
Aku juga akan buktikan rindu ku .

Tapi aku tidak tahu
Apakah yang perlu aku laku
Katakanlah pada ku .

Kasih dan sayang di hatiku
Kasih dan sayang di hati mu
Bagaimana untuk bertemu
Biar dua hati tahu
Bersatu dalam dakapan cinta syahdu .





Selasa, 27 April 2010

Sayang



Sayang

Kau tahukan hati ku
Cinta ku hanya pada mu
Nanti kita akan bertemu
Sabarlah sayang ku
Biarkan lah kita sama merindu
Hindarkan rasa cemburu
Hati mu dan hati ku
Bagai menjadi satu
Kasih dan sayang berpadu
Menunggu sempadan waktu
Memeluk mu penuh syahdu ...






Isnin, 26 April 2010

Kau bunga wangi


Kau bagai bunga wangi
Harum mu memanggil banyak hati
Kumbang -kumbang merindui
Ingin mencium kelopak mu yang berseri .

Aku di sini hanya insan yang sepi
Melihat bayangan bunga misteri .

Tangkai mu penuh berduri
Tajam menikam hati
Di kala rindu untuk menyentuhi .

Aku tidak mengerti
Apakah kasih telah ku temui
Atau sekadar mimpi ...




Sabtu, 24 April 2010

Salam rindu

Aku begitu rindu
Salam rindu ingin ku sampaikan pada mu .

Pada angin ku kirimkan salam rindu
Biar di mana pun kau
Angin akan bertemu mu
Mengatakan rindu ku tiap waktu
Tanpa jemu membisik rindu
Biar hati mu merasai rindu ku .

Hingga satu masa ku tunggu
Hati mu juga berbicara rindu ...




Jumaat, 23 April 2010

Pertanyaan

Kenapa aku merindu
Pada permainan cinta mu .

Bicara sepi dan rindu
Bagai memanggil hati ku .

Aku rasa tak menentu
Menilai bicara kata mu .

Apakah satu kejujuran
Atau hanya satu gurauan .

Kaukah kekasih yang patut aku sayang
Atau kau hanya bayang -bayang .




Khamis, 22 April 2010

Mencari kasih

Tinggi pada awan putih tergambar satu wajah
Dalam mimpi tanpa lena
Seorang gadis mencari kasih .

Kalau sudi ingin aku hampiri
Mengenali hati dan budi
Mencari yang di cari
Selama ini belum di temui .

Andai di takdir bertemu nanti
Ingin ku jalin sebuah kasih yang amat suci
Bersama doa pada Illahi ...

Kau lah di hati ......









Rabu, 21 April 2010

Dalam aku sepi

Aku tercium wangian kasih
Entah di mana kau bersembunyi
Mungkinkah kau berada di langit tinggi
Haruman mu turun bersama embun pagi
Membasahi bumi hati .

Mungkinkah aku menyentuhi diri mu
Kerana insan saperti ku
Saperti layak mendengar cerita
Dari perbualan pemuja kasih
Yang selayak dengan mu .

Perlukah aku berputus asa
Kerana hidup mati jodoh pertemuan
Adalah kuasa yang Maha Kuasa ...





Selasa, 20 April 2010

Kasih kekasih

Kasih berseni
Berbunga keindahan pancaran hati
Dalam mengenali hati budi
Hari demi hari
Membelai sayang menyinar rindu .

Kerana takut kehilangan
Terlalu sangat hendak memiliki
Cumburu mulai menyentuh kalbu
Merajuk menyata pilu
Rayu-merayu membelai diri mu
Cinta terus syahdu .

Mas yang di temu
Di ikat permata cinta rindu
Ingin bertemu mu ...
Rela ku menunggu
Saat kesediaan mu
Kuntum remaja mu
Ku sunting menjadi bidadari ...














Isnin, 19 April 2010

Di mana cinta

Tanpa kekasih
Pada siapa cinta di beri
Pada siapa rindu di tuju
Kasih di dada untuk siapa
Sayang di jiwa untuk siapa .

Aku miliki sabuah hati .
Ingin di miliki
Ingin memiliki .

Aku rindu mencari
Di mana kau rindu menanti
Pertemuan sebuah cinta suci ...



Ahad, 18 April 2010

Mahu jadi kekasih mu

Aku mahu jadi kekasih mu
Biar seluruh kasih sayang mu pada diri ku
Biar rindu mu mengingati ku
Biar diri mu selalu mendekati ku
Biar cinta mu membelai hati ku
Manja mesra hempusan nafas mu
Pada segenap roma ku .

Lalu setiap sudut rahsia diri mu
Ku simpan dalam kasih sayang ku .

Bila bersama mu nanti
Ingin aku merasai
Keindahan yang ku cari
Selama ini tidak aku temui ..

Malu

Ingin ku berkata sesuatu
Tapi aku sangat malu
Lalu aku terus mengintai mu
Bersama rindu .

Jarak jarak waktu
Bagai seksaan yang ku temu
Tapi masa tetap berlalu
Meninggalkan diri ku .

Semalam aku cuba
Untuk menyentuhi hati mu
Tapi engkau entah di mana ...

Sabtu, 17 April 2010

Begitukah jatuh cinta

Begitukah kalau jatuh cinta
Sepanjang masa teringatkan mu .

Rindukah aku
Bila teringatkan mu
Aku membaca tulisan mu .

Bila melihat tulisan mu
Tenang seketika hati ku .

Nanti aku teringat pada mu lagi ....
Dan lagi ......





Kaukah

Kaukah sasaran rindu
Bila wajah mu sering terbayang di mata .

Bila terasa ingin mencium kening mu
Bila tangan bagai bergerak membelai rambut mu
Bila bibir teringin menyentuh mesra wajah-wajah mu .

Lalu aku lena bersama keinginan ini
Kau dalam pelukan ku ...
Tersenyum tanpa ku mengerti .








Jumaat, 16 April 2010

Bicara rindu

Manis bicara rindu
Di telan sepahit hempedu
Sedeh dan pilu bertamu .

Hanya bayangan wajah mu
Bertamu pada ingatan ku
Tidak mengira waktu .

Hanya kau ...
Di hati ku ...

Aku ingin mencium haruman kasih mu
Biar sekadar di bawa bayu
Yang lalu dan berlalu ...

Khamis, 15 April 2010

Tasbih rindu

Betapa rinduku pada mu
Tidak henti-henti menyebut nama mu
Itu lah tasbih rindu ku
Ingin aku bertemu mu .

Di saat bertentang mata ku mata mu
Hati ku akan menyentuhi hati mu
Menyatakan apa yang ada di hati ku
Aku cinta pada mu .

Moga rela kau menerima
Kita sehidup semati bersama .

Gembiranya aku andai itu benar terjadi
Bagai dunia ini aku miliki ...

Syukur pada Illahi
Saatnya akan ku nanti ...



Indah cahaya mu

Bintang ku
Indah cahaya mu
Kau menyelimuti diri ku dengan sinar mu .

Dalam sepi ku
Aku diam kelu
Ku intai kemana pergi rindu ku .

Rupanya rindu ku bertemu cahaya mu
Membelai tanpa rasa jemu
Bersama saat berlalu
Mengucapkan tasbih rindu
Betapa ingin bersama mu .

Berat nya rindu ini
Pengharapan hanya mimpi
Dalam lena di hujung hari .





Rabu, 14 April 2010

Kau di hati

Aku berdiri di atas sampan tradisi
Belayar di lautan paling luas
Di goda gelombang paling besar
Aku tidak pasti
Apakah aku akan bernafas lagi
Atau tenggelam di arus yang amat deras .

Di hati ku
Ada kau di hati ku
Ku memanggil nama mu
Tapi menjadi sepi
Jauh jaraknya kau dan aku
Bagai melihat bintang di langit .

Tinggi
Tinggi
Tinggi
Sangat tinggi kau di sana ...




Selasa, 13 April 2010

Aku dan bayang mu

Ku mengikuti bayang mu
Bila aku berlari kau semakin laju
Bila aku perlahan kau memanggil ku
Aku menjadi semakin rindu .

Dalam mimpi kau bertamu
Semacam kau ingin memeluk diri ku .

Bila aku terjaga
Kau tiada .

Lalu aku cuba untuk lena kembali
Aku bagai pencari mimpi
Bilakah mimpi itu akan datang lagi
Atau yang datang nanti satu realiti .





Jumaat, 9 April 2010

Suara kekasih


Suara dari kekasih ..

Aku cinta pada mu
Aku rindu pada mu
Kasih sayang ku hanya untuk mu .

Aku suka mengucapkan begitu
Aku ingin menerima ucapan itu .

Aku ingin menjadi kekasih mu
Aku ingin kau menjadi kekasih ku .

Bilakah masa itu ...




Bicara cinta

Tanpa sebarang ucapan
Hanya pandangan mata
Menyatakan hasrat hati .

Mampukah difahami
Atau mungkin di salah mengerti .

Terjalinkah ikatan kasih sayang
Bertemukah rindu yang bertamu .

Membelai cinta yang di puja
Di manja mesra dalam harapan .

Pertemuan sebuah cinta
Dari mata terus ke hati
Begitulah selalu ditemui .

Bagaimana kalau dari hati
Lalu kenal mengenali
Membina ikatan cinta murni ...









Khamis, 8 April 2010

Tengah malam ini

Aku tidak pasti di hati ku
Mungkinkah pilu
Mungkinkah terharu
Mungkinkah terus merindu .

Atau aku sepi
Atau harapan ku terhenti .

Benarkah kau tidak mengerti
Perlukah aku menanti
Hingga satu masa nanti
Kau berada disini
Berada rapat di sisi
lalu kau curahkan rasa hati
Kau sanggup sehidup semati .

Atau aku yang tidak mengerti
Bicara penyataan hati
Tentang kau yang sudah di miliki
Kau punyai insan yang kau kasihi
Kau bersembunyi disebalik baris puisi .








Rabu, 7 April 2010

Rindu ku

Rindu di hati ku
Terus mengikuti mu
Tanpa ada perkataan jemu
Di tulis dalam kamus rindu .

Andai bicara rindu
Belum menyentuh hati mu
Aku rela menunggu
Sepanjang umur tanpa kesal ragu
Merindui mu keindahan paling syahdu
Menjadi syarat amat perlu
Mewarnai pengharapan hidup ku .






Selasa, 6 April 2010

Pelangi

Indah dan berseri
yang ku lihat adakah pelangi
Yang di rindu di langit tinggi
Jauh untuk di sentuhi
Datang bersama sinar matahari
Terpadam bersama hilang butiran hujan salji .

Menyejuk bumi kepanasan
Lalu berkabus menutupi pemandangan
Mungkinkah banyaknya halangan
Dalam melangkah mencari jalan tujuan
Perlu tabah menghadapi dugaan
Bersama doa pada Tuhan .






Di hati

Di hati

Terasa sedeh
Terasa pilu .

Apakah kerana terlalu rindu
Rindu ingin bertemu mu .

Di sana kah kau
Bagai memanggil hati dan jiwa ku .

Bersama hari terus berlalu
Gelisah aku menunggu waktu .




Gadis ku sayang

Kau datang sebagai bayang
Waktu malam tanpa cahaya .

Bila kau datang
Tak dapat aku melihatnya
Bila kau hilang
Aku tertanya-tanya
Siapakah kau sebenarnya .

Di hati ku mula merindu .....
Untuk siapa rindu itu .





Isnin, 5 April 2010

Gadis Ku

(( Catatan buat Sayang ))

Usah kau ragu
Di hati ku ada cinta
Cinta itu untuk diri mu .

Wujudnya tanpa di paksa
Aku sendiri tidak tahu kenapa .

Yang Aku tau ...
Kau ku kasih
Kau ku sayang
Kau ku rindu ...

Kenalilah diri ku
Kenalilah hati ku
Pasti kau akan tahu
Betapa suci cinta ku ...

Aku tidak mencari kecantikan
Tapi telah di takdirkan
Aku menemui kecantikan
Begitu gembira ku rasakan
Sesuatu yang tidak ku jangkakan
Sesuatu yang comel dalam pelukan ...

Moga cinta mu tidak tenggelam di hempas gelombang
Moga cinta mu tidak melayang di landa angin kencang .

Cinta ku dan cinta mu
Biar kekal dalam erat dakapan paling sayang ...

Sabtu, 3 April 2010

Kaukah kekasih ku


Comel kaki mu memijak buih ombak
Kaukah yang sudi menjadi kekasih
Menari di atas gelombang
Pasangan mu hanya bayang .

Kau menjeling tanpa ucapan
Manis senyum wajah menawan
Apakah yang perlu ku lakukan .

Aku ingin menari bersama mu
Tapi aku kaku
Seumur hidup ku
Tidak pernah aku menari .

Bolehkah aku bermain gelombag
Aku tidak pernah berenang
Tidakkah nanti akan tenggelam
Sebelum kenal hati mu
Hilang di dasar lautan ...






Jumaat, 2 April 2010

Cinta khayalan

Ilusi khayalan
Cinta bayangan
Harapan naluri insan
Dalam mencari kebenaran
Melukis satu gambaran
Curahan hati dan perasaan .

Memanggil satu kedatangan
Membawa bunga keiklasan
Bersama harum mempersonakan
Tanpa ada paksaan
Sudi menghiasi sebuah kehidupan
Di hati berdoa mengharap kebahagiaan
Bukan mengharap mahliga jutawan .

Hilangkah cinta bayangan
Bersama lambaian tangan
Dalam kesibukan kota metropolitan
Menilai kekayaan
Tersenyum pada keindahan ...

Khamis, 1 April 2010

Cinta pada mu


Aku cinta pada mu
Salahkah aku
Kerana mencintai diri mu .

Tanpa ucapan cinta
Kau rasaikah cinta ku ...
Aku kelu untuk menyebut kata itu
Tapi itulah dihati ku.

Wahai hati mu
Marilah bersama hati ku
Jalinkan cinta sejati ...





Kiranya bercinta ...

Fahamikah erti cinta
Berkasih sayangkah insan bercinta
Rindu-rinduankah insan bercinta
Indah bahagiakah insan bercinta
Berkorbankah insan bercinta.

Kerana terpaksakah insan bercinta
Kerana hartakah insan bercinta
Kerana nafsukah insan bercinta
Kerana nalurikah insan bercinta
Kerana perhkahwinan kah insan bercinta .

Terleraikah Cinta
Bila pasangan hilang nyawa dari badan
Bila ada kepalsuan
Bila ada kemiskinan
Bila ada kecacatan
Bila ada pertentangan
Bila ada cemburu berpanjangan .


Sakitkah bercinta
Bila terlerai sebuah percintaan .

Aku hanya ....

Foto saya
Berbicara tentang pengalaman semalam . Hari ini dan esok sebuah harapan .....

Pengikut